Saturday, January 20, 2007

Misteri Kotak Hitam

SUE tidak pernah ambil kisah mengenai
satu kotak hitam misteri milik
suaminya yang tersorok di bawah katil
mereka.

Sudah 20 tahun kotak hitam itu
disitu satu hari ketika membersihkan
bilik, Sue tidak dapat menahan
perasaan ingin tahu isi kandungan
kotak hitam itu .

Sue terperanjat dan hairan apabila dalam
kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam
dan wang tunai RM 3000.

Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan
bertanya kepada suaminya.

"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam
di bawah katil kita? "

Suaminya terperanjat beruk tetapi
masih mampu menjawab "sayang , setiap
kali abang curang kepada mu, abang
letak satu telur ayam sebagai tanda
penyesalan " .

Sue terdiam tetapi mampu mengawal
kemarahannya kerana tiga kes curang
dalam tempoh 20 tahun mereka bersama
masih boleh dimaafkannya. Kemudian sue
bertanya lagi. " Tapi abang kenapa ada duit RM
3000 ? "

Dengan suara terketar-ketar suaminya
menjawab, "Setiap kali telur itu cukup
sedozen abang jual."

No comments: