Sunday, January 14, 2007

Makna Iklan Sebenor

Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana
ketiga-tiga perempuan. Anak yang sulung, namanya
Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga
nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan
kedua orang-tuanya, maka mereka dikahwinkan bertiga
secara serentak dengan pasangan pilihan
masing-masing.

Selepas berkahwin, pergilah mereka
berbulan madu atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon
ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dan
pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk
berbulan-madu ke Pulau Tioman di Pahang,Rozita pula
bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina ke
Langkawi,Kedah.

Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang tua
mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan
berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang
tempoh berbulan-madu itu.

Oleh kerana kedua orang-tua
mereka menggunakan telefon bimbit,maka ketiga-tiga
anak mereka diminta mengirimkan pesanan
ringkas(SMS)mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan
iklan di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media.

Tiga hari selepas mereka pergi berbulan madu, sampailah
mesej pertama dari anak sulung mereka Rozana, berbunyi
ringkas "STANDARD CHARTERED". Setelah kedua orang-tua
mereka mendapat pesanan tersebut,cepat-cepat mereka
mencari iklan standard chartered di dalam akhbar.
Iklan itu berbunyi "BESAR, TEGUH, PERAMAH", maka
tersenyumlah ayah dan bonda Rozana?fahamlah mereka
yang anak meraka sedang berbahagia.

Pada hari keempat, tiba lagi satu SMS dari Rozita di Pulau pangkor.
SMSnya pendek saja,"NESCAFE". Dicarinya iklan Nescafe
di dalam majalah dan dibacanya iklan
tersebut,..berbunyi,?"NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN
TERAKHIR". Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita,
sambil ketawa tak kering gusi,?happy.

Masuk hari
kelima, tiada apa diterima. Begitu juga hari keenam
dan ketujuh. Tiada berita dari anak bongsunya. Ayah
dan emak Roslina mengeluh dan terdetik dalam hati
mereka,?"anak aku ni, dah dapat suami langsung lupakan
aku,?sampai hati mereka,..hingga tak menghantar khabar
berita kepada aku pun,?"Seteleh masuk minggu
kedua,akhirnya tiba-tiba handphone ayah Roslina
berbunyi "Beep, beep" tanda mesej sampai. Lalu dibaca
mesej ringkas itu berbunyi,?."CATHAY PACIFIC". Dengan
segera kedua orang-tua Roslina mencari iklan dari
majalah. Didapati iklan tersebut berbunyi,?

" 7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI, NON-STOP,!!!!!!

No comments: