Wednesday, November 22, 2006

TAK TAU LA BETOI KA TIDAK

1. Bill Gates earns US$250 every SECOND, that's about US$20 Million a DAY  
and US$7.8 Billion a YEAR!


2. If he drops a thousand dollar note, he doesn't even need to pick it up
coz by the 4th second, he'd already earn it back.


3. US's national debt stands at about 5.62 trillion. If Bill Gates decides
to pay the debt by himself; he will manage to do it in less then 10 years.


4. He can donate US$15 to everyone on earth and still be left with US$5
Million for his pocket money.


5. Michael Jordan is the highest paid athlete in US. If he doesn't drink
and eat, and keep his annual income US$30 Million, he'll have to wait for
277 years to become as rich as Bill Gates now.


6. If Bill Gates is a country, he will be the 37th richest country on
earth, or the 13th biggest company in US, even bigger then IBM.

7. If you exchange all of Bill Gate's money to US$1 notes, you can make a
road from earth to moon, 14 times back and forth. But you have to make
that road non-stop for 1,400 years, and use a total of 713 BOEING 747
planes to transport all the money.


8. Bill Gates is 40 this year. If we assume that he still can live for 35
years, he has to spend US$6.78 Million per day to finish his money before
going to heaven / hell.


9. BUT!!! HAHAHAHAHAHAH!
If all of Microsoft Windows' users claim US$1 every time their computers
hang because of Microsoft Windows, Bill Gates will be bankrupt within the
next 3 years.
BINATANG APA YANG DIA TUNGGANG ?????












Kisah Nenek Jual Sayur
Oleh: NOOR FAZRINA KAMAL

KETIKA orang lain masih dibuai mimpi, dia sudah keluar rumah.
Destinasinya adalah kawasan pasar berhampiran tempat tinggalnya di
Kelana Jaya, Selangor. Itulah rutin hidupnya setiap hari. Tujuannya
hanya satu. Mengutip bahan mentah seperti sayur dan ikan yang masih elok
pada pandangan mata uzurnya.

Pencariannya bukan sebagai pelanggan yang biasanya dilihat membeli sayur
dan bahan mentah untuk dimasak sebagai santapan ahli keluarga, tetapi
untuk mengutip sayur-sayuran dan ikan yang kurang elok dan telah
diketepikan oleh penjual di pasar untuk dijual semula.
Itulah sumber rezeki warga emas yang bernama Halimah Mindik ini untuk
mencari nafkah demi menyara hidupnya. Dalam usia yang mencecah 87 tahun,
kudrat beliau masih mampu untuk memikul beg plastik berisi sayur-sayuran
serta ikan yang purata beratnya lebih kurang 2 kg.

Tambah menyedihkan, dengan tubuh badan yang kurus dan kecil, beliau
menjaja dari pintu ke pintu, tingkat ke tingkat di kawasan rumah pangsa
Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Putra Damai, Kelana Jaya
untuk menjual sayur-sayuran yang telah dikutipnya.

Siapalah yang ingin membeli sayur-sayuran yang pada keadaan fizikalnya
telah layu dan hampir berbau? Walaupun Halimah cuma menjual dengan harga
30 sen bagi satu ikat sayur, jarang hasil jualannya dibeli oleh jiran.
Jika ada pun hanya mereka yang bersimpati dan kasihankan dirinya.

Sewaktu saya dan jurugambar tiba di kawasan dia menjaja, Halimah yang
dikenali sebagai 'nenek jual sayur' di kalangan jirannya dilihat sedang
berusaha memujuk salah seorang suri rumah membeli hasil jualannya. Puas
dipujuk untuk ditemu bual, Halimah tidak berganjak.
Jiran-jiran berkata, selagi jualannya tidak habis, dia tidak akan
berhenti dan pulang ke rumah.

Bagi memudahkan kerja dan atas rasa hati yang amat belas, saya
menyerahkan ke tangannya wang RM10 dan membeli kesemua sayur yang berada
di tangannya. Nenek Halimah tersenyum. Ada air jernih pada matanya.
Sebelum sempat saya berkata-kata, nenek Halimah kalut menyeluk poket
baju kedah yang dipakainya mencari wang untuk memulangkan baki.
Sayunya hati saya Tuhan sahaja yang tahu.

"Satu beg plastik ini cuma berharga tiga ringgit saja, bukannya sepuluh
ringgit, mana boleh nenek ambil duit ni?" ujarnya dalam loghat Perak,
negeri kelahirannya.

Dalam hati saya berkata, tinggi sungguh maruah nenek ini. Sudahlah
hidupnya susah dan terpaksa pula mengerah keringat pada usia yang agak
lanjut, nenek Halimah juga jujur dalam menjalankan perniagaan tanpa
sedikit niat pun untuk mengambil kesempatan. Tambah mengejutkan saya,
sebaik selesai saya berkata tidak payah pulangkan baki, nenek Halimah
terus duduk mencangkung dan menadah tangan berdoa kerana rezeki yang
telah dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Saya sebak melihat tindakan nenek Halimah kerana inilah pertama kali
saya berdepan dengan situasi begini sejak menjadi wartawan. Hati saya
dan jurugambar amat terharu. Salah seorang jiran memberitahu, Halimah
akan berdoa memohon kesejahteraan mereka yang membeli jualannya.

"Syukur pada Allah, ada rezeki nenek hari ini, takdir Allah menemukan
kita hari ini," katanya ceria sambil menjawab soalan saya.

Nenek Halimah merupakan lambang wanita Islam yang tinggi jati dirinya.
Dalam usia yang mencecah seabad, dia mengisi masa lapangnya dengan
mengajar jiran mengaji. Menurut nenek Halimah, ketika usia muda, dia
selalu mengikuti kelas belajar agama di sekitar Bagan Datoh dan
Semanggol di Perak.

"Kadangkala ada yang menjemput nenek untuk mendengar ceramah di Masjid
Negara, dari situ nenek peroleh ilmu dan turunkan pada jiran-jiran di
sini," ujarnya tersenyum.

Halimah tinggal bersama anak tunggalnya, Mohd Nazir Muhamad, 42. Tambah
memilukan, anak tunggal lelaki yang menjadi harapannya pula mengalami
masalah mental sejak usia muda. Itulah sebabnya hanya nenek Halimah yang
berusaha mencari rezeki untuk mereka dua beranak.

Cuma sedikit bauan yang kurang menyenangkan datang dari ikan busuk yang
dijemurnya bagi menghasilkan ikan kering mengganggu jiran yang tinggal
setingkat dengan rumahnya.

"Lutut nenek ini selalu sakit, kadangkala nenek gagahkan juga menjual.
Nenek makan ubat tahan sakit yang dibeli di klinik, tapi mungkin kesan
sampingan ubat tersebut membuat telinga nenek kurang jelas pendengaran,"
ujarnya sayu.

Saya berasa sedih dan sayu hati melihat sendi tangannya mengerekot. "Ini
semua kesan nenek mengangkat plastik untuk jualan seharian," katanya
sambil menunjukkan tangannya. Dia seperti tahu apa yang tersirat di hati
saya.

Menurut nenek Halimah, ada jiran yang memberikan sumbangan seperti beras
dan barang-barang kering seperti sardin dan bihun untuk dia dan anaknya.
Tapi kata jiran-jiran nenek Halimah yang bersyukur dengan rezeki yang
diperolehnya akan bersedekah pula kepada orang lain yang lebih
memerlukan darinya.

"Kami tinggal berdua, makan sedikit, kadangkala sumbangan berbentuk
makanan berlebihan, jika tidak dimakan akan membazir pula jadi nenek
akan sedekahkan pada kanak-kanak," tambahnya.

Mengenai masa depannya, nenek Halimah sendiri tidak begitu pasti akan
masa depannya.

"Selagi ada rumah nenek akan tinggal, esok lusa nenek akan pejam mata,
nenek akan nikmati kehidupan ini dengan cara nenek tanpa menyusahkan
sesiapa, selagi hayat dikandung badan," katanya menutup perbualan.

Sebelum meminta diri, nenek Halimah membekalkan kami dengan air Yasin
yang diambilnya ketika menghadiri upacara pengebumian Allahyarham Tun
Ghafar Baba baru-baru ini. Begitulah kisah hidup nenek Halimah. Kisah
ini patut menjadi inspirasi kepada generasi muda dan contoh kepada warga
emas yang masih punya tenaga tetapi bergantung harap kepada ihsan orang
tanpa mahu berusaha. Sama ada benar atau tidak kisah yang nenek Halimah
ceritakan, biarlah itu menjadi kenangan dalam hidupnya. Yang penting,
nenek Halimah tidak menyusahkan sesiapa. Dia masih menggunakan kudratnya
untuk mencari rezeki halal untuk sesuap nasi bagi meneruskan
kelangsungan hidup.

Mereka yang ingin melawat nenek Halimah boleh berkunjung ke rumahnya di
1205, Blok E, Flat Taman Putra Damai, Kelana Jaya, Selangor atau hubungi
jiran nenek Halimah di talian 016-6384741.